Tuesday, March 26, 2013

Pusing.. pusing.. pusing..
Hai, ingatkan beban dah lepas. Rupenye baru start. 
Baru je SPM punye result keluar. Ingatkan boleh relax and chill out sikit.. tapi macam tak mungkin... SPM dah habis tapi life belum kan? Nak menentukan future ni memang susah.. Penat fikir... Baik buruk sesebuah keputusan yang akan aku buat.. Ceh bunyi macam kene pilih bakal husband.. Haha
MASIH JAUH UNTUK ITU~~

Masuk Universiti pun belum lepas ade hati fikir jauh macam tu. teringat pulak budak-budak dorm.. Senior junior sama je. Semuanya penangan novel Projek Memikat Suami.. NI HAAA..!!


Semua gatal fikir pasal future husband masing-masing. Mula la naik nama2 dak handsome kat sekolah.. Haha, sengal jee.. Kalau senior aku tau laa macam mane reaksi diorang. Tapi taknak la bagi tahu.. Hehe, biar kami simpan sendiri.. Yang junior, tanye laa diorang sendiri.. Sebab diorang sibuk-sibukkan diri dengan novel masa kitorang tengah bertungkus lumus nak study for SPM of course~ heheee

Ah sudah.. Cerita dah menyimpang jauh.. Hurm, berbalik pada cerite asal.. Ingatkan dah selesailah kekusutan yang aku tanggung.. Hai, macam mana nak cakap ek? Aku tak tahu nak pilih ape. Aku suka Medic.. Aku rasa cool gilak bilee tengok doktor2 muda speaking berhabuk pasal pesakit die. 
jealous~
JEALOUS SANGAT OKEY!

Tapi lagi jealous tengok dak2 engineering.. (kawan-kawan aku kat UTP) diorang dah masuk Universiti.. Diorang tak payah fikir lagi dah pasal UPU en.. (rasenye) 
Aku jealous gak dengan dak2 account.. Sebab? Hehe, abang sedaraku, kakak sedaraku amik account. And diorang dah kerja yang okey2. Erk, abang sedara tu tak amik account kot.. Entah lah tapi macam ade kene mengenalah dengan ilmu hisab ni. 

Dan ini abang adalah pelajar cemerlang.. My role model yang ke-10.. Haha, mungkin~ Terase bangga pulak dengan kejayaan aku tiba-tiba.. Sebab mak abang yang sorang ni cerite kat kenduri kahwin saudara jauh,

mak : Sarah, abang tanya result sarah..
"abang : mak, sarah berape mak?"
"mak : sarah dapat semua A"
"abang : wah, sarah dah kalahkan abang laa"
aku : *gelak jee.. (tak tahu nak cakap ape)
mak : nanti sarah belajar elok2 eh, kalahkan abang
aku : * angguk kepala

So, aku determine sekarang ni nak buat yang terbaik yang boleh aku lakukan. Tapi, keputusan ni yang sukar. Betul gak cakap kakak sedara aku, banyakkan berdoa, mintak petunjuk-NYA.. Banyakkan buat solat Istikharah dan bertawakkal.. Semoga aku buat keputusan yang takkan buat aku menyesal kemudian hari. (cc: Mira Miswan)

P/S: Harap dapat sambung belajar sampai phD.. AMIN~ 

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog