Tuesday, November 11, 2014

I dont know if I suppose to say this is the biggest conflict in my life or not. Well, of course this is not a matter of life or death. Hee, i'm in dilemma. What am i suppose to do? I've to choose between family or my passion. Haha, sound funny. Bukan passion sangat pun. Just for fun. Between bola tampar and along. Which one is the most important.?

16 Nov, bola tampar dan convo along. Tapi ada masalah lain. Abah.. tak nak susahkan abah nak kena jemput. Duit minyak, tol lagi. ❤❤❤

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Tuesday, September 30, 2014

For the first time in my life, i lost my beloved handphone. It's maybe not i phone, samsung or sony xperia. Not the expensive one with 20.5megapixel's camera. It is only a mere phone. Nokia branded. Very old smartphone. I've been using it for about 4 years.
It feels like i lost half of me. Why? It's not the phone have high value or expensive. Well, it does. I bought it 4 years ago. And i have to pay about 0.8k ringgit malaysia. It's not a small digit anyway. I can buy Nasi ayam for breakfast, lunch, dinner for 2 month.

Well, i dont care about the phone. But, what inside in is the most valueable for me. There's alot of my things in there. So, i really hope i could find it back. Well, i do believe the peoples in this school is not a theft.

I admit. It is my mistake. If i dont missplace it, this will not happen. I just hope and have faith that everytging is ALLAH's plan. HE know the best. I just put my 100% trust to this takdir.
If i do find it tomorrow, i am soooo grateful. If not, i hope ALLAH give me strength to pull this out without being negative person throughout my life.

P/s: i'm not blaming anyone except for this clumsy, sloppy girl for being so unsensitive. I hate it, but this is me. 

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Monday, September 22, 2014

Nothing more to say.

When we believe in HIM, we put all our trust in HIM. HE will never disappoint as HE is the best planner after all.


SGS harini tak ada. Esok baru ada. Hee, masih punya masa untuk prepare. Anyway sangat envy dekat budak2 yang dah lepas SGS. They look very happy.

Ah, today's ulangtahun kelahiran mybuddy, Atiqah. Selamat ulangtahun yang ke 19. Semoga hari2 kau sentiasa bahagia ❤❤❤

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Tuesday, September 16, 2014

Just a few hours ago I said to my friend, "I just don't get it why everything we do need an explaination?"

Ah, sekarang aku faham. Setiap benda yang ALLAH ciptakan dimuka bumi ini memang ada alasan. Even penciptaan manusia pun ada sebab dia. ALLAH jafikan manusia ini sebagai khalifah, pemakmur muka bumi dan juga untuk beribadat kepada ALLAH.

Apa yang berlaku pada diri kita, mesti ada hikmah di sebaliknya. Lagipun ALLAH tak akan uji seseorang itu kalau orang itu tak mampu tempuhinya. Have faith.
Cakap pasal have faith. Aku masih bertanya pada diri sendiri. Mampukah aku memegang amanah ini. Aku tidak mahu jadi diri aku yang dulu. Yang jahil tentang amanah. Yang jahil tentang nawaitu. Orang dah beri aku amanah. Dan dah harapkan aku.

Kalau dulu nak pegang jawatan, sebab nak fame, nak tambah merit. Bila fikirkan balik, rasa banyaknya dosa. Tak jalankan amanah dengan betul. Tak betulkan niat kerana ALLAH. Jahil sungguh.

Now, aku berjanji pada diri sendiri. No more malu2. Just deal with people. Because one day, you will deal with many people. Dari darjat tinggi, rendah. Umurnya tua, muda. Aku akan jumpa semua orang. Semua! That time aku akan fikir yang it is no use malu2 nak deal dengan orang. Rugikan diri sendiri sahaja nanti. You can do it, Maisara! I believe in you! Have faith. ALLAH will help you.

P/s: Dalam perjalanan hidup untuk menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat. Pray for me :D

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Friday, September 12, 2014

Beruang. Bear.
Nama cukup gah.

Tetapi mengapa kumpulan ini kurang aumm?
Haha, mungkin sebab aku berada di sini.
Hambar. Kurang gah.

Okey fine.
Haha, aku tak tahu kenapa nak jadi puitis sangat.
Tapi tak jadi.

Dan apabila ular bertemu beruang.
Apa yang normal semua jadi pelik.

Haha, pandai uncle buat lawak.
Masa sgs tak reti nak borak.
Rojak pon rojak lah labu.
Asal kau bahagia.
Ohh, offensivenya ayat.

Okey aku dah tak faham apa yang aku tulis sekarang

Huhu, maaf sebab mengarut.
Annyeong!!


♥ Thanks for enjoying~ ♥

Thursday, September 11, 2014

Good things happen all the time. But we never realize how those things happen. We always want to try to break the ice inside us. But we never know whether we will succeed or not.

Let's pray. Never lose hope. ALLAH is always with us.

When we believe in HIM. We put all our trust in HIM. He will never disappoint as HE is the BEST PLANNER after all.

Good luck and all the best for tomorrow. Jangan takut. Take this opportunity to try your luck.

Hee, memberi semangat pda hati yang sedang gundah.


♥ Thanks for enjoying~ ♥

Tuesday, September 2, 2014

Finally, sudah memegang status degree student fakulti perubatan. Berakhir sudah pekerjaan menanam anggur aku.

Ya ALLAH, biar penat mana sekali pun, jauhkanlah aku yang lemah ini dari lose hope. 

Help me fullfill my duty as  a good daughter to both of my beloved persons in this world.

Give me strength.
Give me confidence.
Give me hapiness.

To lead my own life. 

To all Dr. To-be
GOODLUCK AND ALL THE BEST

auni, imaa, nessa, nadhira, nadia, ummi, farah, deylah, habib, farah, azzah ❤❤



♥ Thanks for enjoying~ ♥

Thursday, August 14, 2014

Alhamdulillah.. Berakhir penantian. ALLAH makbulkan doa semua orang. Terima kasih Ya ALLAH. Cita-cita hanya tinggal beberapa step nak capai. I believe, ALLAH will not give something that will burden us. Semua yang terjadi telah ditakdirkan oleh ALLAH sejak azali.  Ada hikmah aku kembali ke kampus itu. Dan terima kasih kepada semua yang telah berdoa dan telah mendoakan kejayaan saya.

Buat rakan-rakan yang ada apa yang korang impikan, teruskan perjuangan to the end. Tapi jangan lupakan bekalan akhirat. Dan bagi mereka tidak dapat apa yang mereka impikan, just remember this,

ALLAH KNOW THE BEST.

DIA tak akan bagi sesuatu yang bagi mudarat kepada kita, hambaNYA. Teruskan berusaha. Walau apa jua cabaran yang datang, jangan lupa siapa kita dan tujuan kita hidup. Untuk memperoleh keredhaan dan rahmat ALLAH.

I'm glad I have them. Siapa mereka? Kawan-kawan lah. Gembira melihat mereka sama-sama menyokong impian masing masing. Dan saling memberi kata-kata rangsangan dan galakan buat kawan kawan yang bersedih.

Cakap pasal kawan-kawan. Aku bersyukur sebab kawan kawan yang dah dekat 10 tahun aku kenal masih lagi berhubung. Baru-baru ni, Isnin lepas, pergi hang out dengan diorang. Jalan jalan TS. Memang tak tipu penat gila. Sakit kaki tak hilang lagi. Macam ni la bila orang yang tak suka shopping bertemu dengan orang gila shopping. Aku rasa aku seorang yang tak suka shopping. Haha, semua perasan muka aku berubah lepas 4 jam kat TS. Pusing pusing carik seluar jeans abang sorang ni. Last last tak beli apa apa. Memang rasa nak hempuk je kepala dia ni. Bila tengok keadaan not RM100 aku yang macam hidup segan mati tak mahu, lagi rasa macam nak baling kasut je. Elok elok duit baru, terus renyuk renyuk. (Sebab masuk mesin basuh)

Kenapa aku salahkan abang sorang ni? Apa salah dia? Ha, ini cerita dia. Dia minta duit aku sebab nak beli seluar. Aku dengan berat dan baik hati bagilah pinjam not RM100 ni. Sekali dia tak jadi beli. Jadi duit itu ade lah aku letak kat poket belakang seluar. Disebabkan lupa nak keluarkan, aku termasukkan dala mesin basuh. Tamatlah kisah lawan not RM100 aku. Hehehe, salah aku gak. Gatai na masukkan dalam poket seluar belakang kenapa.

EVERLASTING FRIENDSHIP ❤❤❤
Kami ada 8 orang, tapi sorang hilang.

p/s: nasib baik abah tak marah sebab balik malam hari tu. semua dah risau cik mus kata apa nanti bila anak dia yang seorang ni balik lambat. Haa, soooo sweet la my dear friendssss. Love yea!

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Saturday, August 9, 2014

Finally, I knew who Mr Zack-one maksudkan. Woi, itu bukan tunang.. Itu dah naik pelamin sayang oii.. Ke ada seorang lagi yang aku tak tahu ni? Hairi? Hehehe, kalau betul baguslah.. Well, my dear friend, Iskandar.. Even though kau muda lagi, always be happy with your life :D
Congratulation..
Congratulationn...
Congratulationnn.... for getting married~
Semoga berbahagia dengan rahmat dan rezeki yang ALLAH kurniakan..
Semoga sentiasa berkasih sayang kerana ALLAH

Okey, tak jealous tengok orang kahwin.. Hahaha, calon takdok laa. Malas nak carik. Sebab, kalau carik nanti tah apa-apa yang aku pilih. Tapi kalau boleh nak orang yang muka Zul Ariffin, tapi sikap, tingkah laku macam Zill Faezrul Iqbal.. Boleh tak eah.? Ada ke orang macam tu.? Hoho, mustahil? Hurm, biar ALLAH yang pertemukan aku dengan jodoh aku, HE know the best, antara cepat dan lambat, hanya ALLAH yang tahu. Aiseh, haha.. mulalah kan bila cakap pasal kahwin. Semua orang suka. Kahwin muda lagilah orang suka. Nanti anak dah besar, kita muda lagi. Pastu bila jalan, orang tanya "adik ke?" ahh, tak pon, "boyfriend muda eh?" Hohoho... Seronok apa. Dapat tengok cucu, cicit kalau dipanjangkan umur, insyaALLAH.

Wink ;)

Tadi bawak kegheta pergi GMi.. 

YooHoo!
Jauh aku bawak. Walaupun kereta asik nak mati saja. Baby step kan.. Nanti kalau dapat Universiti yang jauh dari rumah, kena naik kereta jugak, InsyaALLAH (UiTM-double hope -.-).. Ini semua adik aku punya pasai. Dia nak sangat pi ghumah kawan dia. Cek kasi sebijik. Nak ceghita sikit lah en. Cek dulu, masa baya-baya dia, tak da cek nak pi jalan-jalan gi ghumah kawan. Cek duduk ghumah jea. Walaupun kawan semua dalam selangor jea. Sekarang ni, kawan-kawan semua jauh jauh. Sampai ke Sabah, Sarawak nun haaa.. Ramai kot. Kawan Serata Malaysia. Lagilah nak pergi melawat tak boleh. Tak apa.. Tunggu diorang punya kad undangan kahwin nanti, satu Malaysia aku lawat. Hohoho~~

p/s: Sapa-sapa rasa nak menamatkan zaman bujang tu, invite invite lah yeaa

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Sunday, August 3, 2014

For the first time since a few months ago, i post a new story. Heung...



Hari ni dapat jumpe dengan my old buddies.. quite happy walaupun mulanya agak malas nak join mereka mereka ni pergi rumah terbuka. Mulanya dah cakap dah kat hazwan yang cek tak mau pergi.. tapi, he said, he will come aand fetch me. Bagus punya orang. Ingat pergi ramai ramai.. alih alih dia hantar abang sorang ni, zakwan namanya, Datang jemput dengan inche penguin yang naik motor hijau, yelahkan.. mamat nih je yang antara tiga orang yang datang jemput tahu rumah aku. Keluar punya keluar (dari rumah laa) nampak someone yang agak dikenali kat tempat duduk penumpang kereta viva inche zakwan nih.. dari belakang dah tahu sapa.. hahaha dah dekat 7 tahun tak jumpa pakcik sorang ni, kawan kejar kejar, kawan sepak sepak kerusi, kawan ejek mengejek, kawan sorok sorok pencil box mase sekolah rendah dulu.. pastu disebabkan satu peristiwa yang tak masuk akal hubungan kitorang renggang serenggangnya. 

Interaksi selalunye berlaku bila ada orang tengah atau benda benda yang jadi pengantaraan, macam kerusi, blackboard, yahoo messenger macam tuh. Tak pernah cakap walau sepatah pon (depan depan laa). Glad meeting him again.. sooo glad.. nama? Tak payah laa.. hehe.. Kami cuma friend and followed each other kat media sosial sahaja.. insta, tweetter ect... ingatkan kami bertiga je lah dari teratak beta ni ke rumah mira. Sekali mamat dua orang ni gi jemput kawan mereka lagi sorang. Tunggu punya tunggu, lama gak laa.. ade dalam 5 minit. Sepanjang 5 minit tu, saya ditinggalkan bersama pakcik unname tu.. awkward gilaa.. suffocated gilaaa.. ingatkan 7 tahun okey laa, kalau jumpa tak ada lah segan sangat rasa. Dia nak cakap pun tak boleh eye contact.. hahahaha, nampak tak ke'awkward'an disitu.. apalah pakcik oi.. then those uncles' friend pon keluar dari rumah dia.. Haih.. dah la duduk belakang dengan beta. 

Malunyaa.. first time naik kereta dengan pakcik pakcik yang ramai tu. ditroll troll kan pulak oleh mamat dua ekor tu..
"heii..(nama kawan mereka) social lah sikit.. kenal kenal ke?"
Mau gak aku bagi makan handphone nokia aku nih..

First time naik kereta, lelaki majority dan perempuan aku sorang je.. Mahu kena kejar aku dengan selipar kalau pakcik pakcik tu orang yang parents aku tak kenal.. heuheu well as long as i believe in them it doesn't matter, right?

Sampai rumah amira, diorang drop by aku je. Diorang nak pergi jemput kawan yang lain. Byee byee.. tunggu kat rumah mira lama gak. Pastu buat sudden plan nak pergi rumah auni. Hehe, selalunya suddened plan akan jadi. Dan alhamdulillah selamat berada dirumah tanpa berlaku perkara tak enak. Hehe, lepas makan je kat rumah mira, terus laa pergi persuade zakwan mintak hantar. Dia mesti annoyed gilaa dengan kitorg, tengok muka pon dah tahuu. Kalau tahu nak jadi macam ni, aku dah lama dah bawak kereta sendiri. Hish.. kalau tahu ni, memang laa.. 

once again maaf dipinta zakwan oii.. 

memang cantik sangatlah time nak balik pakcik yang cakap nak jemput aku mula2 tadi bawak rombongan dia datang. Baik sangatlah kan.. time orang nak balik lah dia datang. Bagus benau.. sempat sei hai, hai saja. Pastu hairi, temankan abang zakwan sorang ni hanta aku ngan nani gi rumah aku. Aku ngan zakwan ni, frequency minda kitorang tak sama, lainlah macam aku, nani ngan hairi. level minda kitorang ni memang gila gila sikit, tak banyak mana pun.. heung heung kene leter pulak time dalam kereta. Tapi, kawan lama kan. Bila lagi nak susahkan. Bukan selalu, entah entah this is the last time ever. sebab lepas ni tak tahu boleh jumpa lagi atau tak.. nasib baik ada hairi.. hehe ceria sikit suasana dalam kereta.

Dalam kereta mulalah nak mengarut bagai. Thanks yee hairi, nani.. naik gila lah aku dengan hairi ni. Bincang pasal kahwin, kalau dah kahwin nak rumah macam mana. kalau tanya aku memang demand sikitlah.. mesti ada court badminton, basketball, volleyball, swimming pool.. hahaha, last last aku dicop materialistik.. alahai, bila lagi nak bergurau macam ni kan? hehehe.. lepastu yang paling tak mengagak, dia yang start, aku ngan nani balik laa yang disalahkan sebab mengarut. Ahh, ade satu insiden, hampir tertepuk bahu hairi, sebab pakcik yang bawak kereta ni bawak macam pelesit yang uncoordinated.. MasyaAllah.. bersalahnya aku.. nasib tak kena. sorrylah yer. Ha.ha.ha. awkward laugh...

Pergi rumah auni pulak.. naik kereta legend kancil abah aku.. first time nak bawak jauh jauh nih.. nervous gilak. isi minyak jumpa hafiz, kawan lamaa.. Sepanjang perjalanan pergi puchong, dalam hati dah doa janganlah kembali bertamu memori lama.. okey, everything not going smoothly.. then i met him again, after 5 years. someone yang aku rasa tak sepatutnya aku tak kenal.. tapi, nak buat macam mana kan? Hey buddy.. inche fath, inche dH, ciknad, dan seangkatan dengannya.. kenapa mesti..?? Then tibalah saat awkward level 10.. tak tak... level dia tak tahu lah level berapa.. infinity! 

dari dalam kereta, aku nampak mereka. rasa macam tak mahu keluar. punya baik timing... tapi beranikan diri. jantung dah rasa macam baru lepas berlari dari rumah ke puchong ni haa.. main lambai lambai, andd senyum senyum serta hai hai dengan inche fath..

dia tanya, "kenal aku lagi tak?" 
me, "kenal.. kenal.."
dia tanya balik, "ni, kenal?" jari point guy beside him..
aku angguk jer. no word.

luckily, that guy membelakangi aku. that means, no need to face him rite? yeahh.. salam, salam, salam dengan cikmirah, ciknad, ngan lagi sorang girl. terus masuk rumah lepas tu. keluar ambik makanan, tak join mereka langsung. lepas habis makanan, auni ajak keluar, diorang nak borak borak katanya..

keluarlah kami akhirnya.. dan bermulalah saat awkward yang macam dot.dot.dot. never made eyes contact with that guy. no word. no eyes contact. aku curi pandang jer time buat buat pandang sekeliling nak hilang awkward. inche fath tanya, aku jawab. cikmirah tanya, aku jawab. tiba tiba..

"mai, taknak tahu ka (dat guy name) belajar mana?",
lelaki bernama inche fath bertanya dengan terujanya.
rasa macam nak lompat pagar je. Jangan divertkan semua attention kat aku boleh tak?! dah lah ade tiga individu yang aku tak berapa nak kenal kat situ. yang mungkin tak tahu sejarah zaman jahiliah (zaman kanak kanak) aku.. hesy..
  "(dat guy name) belajar kat GMI".
ciknad berkata. lagi sekali rasa macam nak lompat pagar pergi rumah jiran auni.

tapi dalam hati, aku puji jugak. bukan calang calang masuk GMI ini orang. tabik spring, bro! okey, Don't judge book by its cover.. People change.. take note of that. pastu ade seorang individu yang takberapanak kenal tu perasan aku dah tak berapa nak cakap, auni panggil dia rambut M. dia cakap kat inche fath, "diorang senyap je"..
Yelaah! mana tak senyap. AWKWARD laa! yang suruh aku dengan nani keluar buat apa. last last aku lari masuk rumah dengan nani. i cant breathe la.. dah masuk rumah, tak lama lepas tu mereka balik. mereka hanya kirim salam sahaja. sorry guys, tak sempat say, "see yea".. lain kali lah.. ;)

p/s: meeting 'them' again.. make me flustered and my heart fluttered

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Monday, February 17, 2014

Now, it's time to mengarut sorang-sorang di malam hari. I don't know what happen to me today. Everything tak kena. Rasa macam nak gigit orang pon ada. Dah la dengan pensel kesayangan tinggal kat rumah, huwaa, kalau boleh nak melalak kat situ jugak. Tulah la ni.. Semalam mengamuk tak pasal. Memang tak beretika betul aku semalam. Dah la dengan opahnya ada. Nasib baik makcik aku tak ada. Aman dunia. Hee, bukan apa, ada adik-adik sedara yang mulut becok mengalahkan tupai nak beranak. Erk, ade ke tupai nak beranak mulut becok. Haha, aku tak pernah tengok lagi. Jadi pakai main sesedap rasalah aku mengarut.

And, now.. Talk about number, dan kaitannya dengan personaliti kita. Well, I don't believe in this. Because I know, Allah is the best Creator after all. Setiap orang ada personaliti yang istimewa apa.. Macam aku, hehe perasan. Time nak mengamuk tu tak ingat dunia. Semua orang jadi mangsa. Aish, inilah saya. I can't control my bad temper. Hehe, boleh sebenarnye.. Kadang-kadang jer. Okey, balik semula.. Ade la seorang Mr ni kan, dia master in Mathematics in Medical ( kalau tak silap lah, HoHoHo)... Dia cakap ade satu kajian ni pasal nak tahu personaliti kita berdasarkan nombor.. 

Kira punya kira, aku punye nombor, 2. I am number two. (eceh, nak tiru movie I Am Number Four lakk) Okey, bila dia tanya nombor 2 siapa, aku dengan offhanded angkat tangan... Yang the best part nye la kan, aku sorang pulak tu yang angkat tangan. Hish, malunya, rasa macam nak campak diri ni dalam kolam basah belakang fsk nu haa, Jadi mermaid.. Pastu bila that Mr tanya, sorang je ke nombor dua? Aku terus lipat maut (auta sangat..takpe biar gempak sikit), aiseh.. Budak sebelah aku ni tak angkat tangan. Padahal Ina pon nombor 2 jugak. 

Bila part that Mr cakap pasal kajian terhadap orang nombor dua, aku macam dah nak membantah jer. Ade ke patut cakap kitorang ni problematic person. Aiseh, ini tak boleh jadi. Pukul karang. Heheh, tak berani.. Tak berani.. Karang masuk mahkamah, aku jugak yang susah. Dia cakap kitorang ni susah nak buat keputusan. And, we need guidance untuk isi UPU. Well, I do need one. Who want to guide me? Eheh, nobody huh? It's okey.. Hee... Tapi bila part dia cakap orang nombor dua ni tak suka bersendirian, rasa macam nak berdiri kat situ jugak and cakap, "who say?" Dan yang paling tak tahan statement dia, orang nombor dua ni mesti ada boyfriend sebab tak suka bersendirian. Hey, hey, that is so not true! Hidup jer aku selama ni tak ada boyfriend.. Cuma tak tenang hidup laa bila tak ada My umi, beloved mama. Hehe, pastu, boleh pulak Mr sorang tu buat-buat concern dengan dak nombor dua a.k.a aku (sebab aku sorang jer yang angkat tangan).. Mana orang lain ni, Khai, Ina..~~

p/s: Lepas ni taubat dah.. Takkan angkat tangan tanpa berfikir dulu...

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Monday, February 3, 2014

What am I supposed to do now! Argh.. Lagu Aiman Hakim Ridza dah keluar yang full punye ( I guess so). Hee, hopefully yes. Nak download tapi... Internet connection lambat laa.. Rasa nak jerit jer tapi nanti lain pulak orang fikir. Mampu jerit dalam hati je.. I'm going crazy..crazy.. Cair sekejap dengar suara dia. hehehe nampak gatal kat situ.

Test dah berlalu, bilik sebelah dengar lagu hindustan, aku lak layan lagu Aiman Hakim Ridza.. Esok kena bagi tahu Ina nih! Haha, apa la obsess sangat aku ni. At least ke'obsess'an aku ni boleh la menghilangkan sikit sakit kepala ni nak memikirkan masa depan yang tak nampak lagi jalannya. Macam mana nak cakap ek? Stress tahap petala tapi tak tahu mana nak salurkan benda ni. Tapi tak apa. ALLAH SWT ada. As long as I have HIM, I'm happy with my life. 

"When we believe in Him, we put all our trust in Him and He will never disappoint us as He is the best planner after all." 

First of all, I'm sorry. I found this quote in one novel. Malay's novel. Should I put a credit? Hurm, tak pe kot. Credit dalam hati saja. Actually, taknak la blog ni nanti mudah dicari. No.. no.. Never. Tapi that quote ade betulnya. As long as we believe in Him, we don't have to be worried. DIA tahu apa yang kita tak tahu. DIA dah tetapkan jalan apa yang harus kita lalui nanti. Dengan ini kita dapat meningkatkan iman dan takwa kepada ALLAH SWT. Tuhan Sekalian Alam. Subhanallah.

p/s: Curahan hati yang sedang berduka...

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Monday, January 13, 2014

First time aku jumpa die hard fan gila-gila dekat Syamsul Yusof. Hurm, tak reti nak comment. Tapi ini budak, kawan saya, sampai nangis sebab baca gosip kat Beautiful Nara punye page. Aku hanya mampu gelak guling-guling jer la tengok si sahabat yang sorang ni. Habis malam ni, semua lagu sedih-sedih keluar ( nampak hiperbola kat situ). Semua gambar-gambar kat phone die padam, dengan lagunya sekali. Unlike semua page Syamsul Yusof. Tak pasal, twitter Dr. Anwar Fazal pon di unfollow. Lawak la kawan aku sorang ni. Tapi nak gelak tak sampai hati. (Lagu Patah Hati-Hafiz, buat Syamsul Yusof) Habis minat selama 6 tahun tu terburai sebab berita tu. Hehehehe

Rasenye macam aku pernah rasa dulu bile dapat tahu Cristiano Ronaldo dah ada anak. Masa World Cup 2010. Start from that day rase macam patah hati sampai benci gila dekat CR dengan pasukan Portugal sekali. Aku terus tukar suka Spain. Cett. Bila ingat balik macam nak tergelak guling-guling. Aku suka CR macam kawan aku ni suka Syamsul Yusof. Tapi kan, dalam dua tahun jer aku tak suka then tetiba jadi fan balik. haha, aku tak tau apa yang aku fikir mase kecik. Macam kelakar jer. Tapi itu kenyataan. 

Okey, stop about it. Sekarang ni aku dah officially 19 years Old. Haha, mase 4 January haritu. And, I would like to thank my ummi for giving birth of me dan jaga diri ini sampai dah besar, walaupun tak berapa nak panjang. Tak kesah! Asalkan aku bahagia. Anyway, Sepatutnya la kan, Birthday kita ni sebenarnya bukan untuk celebrate kita sebab dah lahir tetapi, celebrate ummi, mak, ibu, mummy, mama kita yang telah melahirkan kita ni. So, kalau mak yang wish anak memang macam dah terbalik lah. Sepatutnya anak yang wish mak sebab mak yang bertarung nyawa nak melahirkan kita.. Lagi-lagi yang berat yang mencecah 4 kg waktu lahir, macam dua orang adik aku ni....

Anyway ummi, 
"I love You so much and thank you sebab lahirkan angah. Walaupun angah kadang-kadang ketegaq, degilnya, ya ampun... Kalah anak lelaki.! Tapi itulah anak ummi yang paling manja :D.. I LOVE YOU UMMI and ABAH!!"

And, for the first time lepas dah dekat 10 tahun, my ummi belikan kek and celebrate my birthday kat sekolah adik. Wah, terharu. Rasa macam tak biasa pulak. Sebab dah lama tak celebrate. Tak ada satu pun birthday party for me since I'm little kid. Kalau ada mungkin dah tak ingat. Time celebrate besar-besaran masa umur 2 tahun. Celebrate dengan Kak Ani, Kak Ika and Abang Shahir. Yang tu aku tahu pon sebab tengok gambar..

Lepas tu, yang sangat mengharukan bila housemates buat birthday party. Sekali dengan roommate saya. Kami dua-dua bulan January. Terharu sangat-sangat. I Love You Olls.. Kek tempah dekat akak foot patch. So sweet. Rasa macam takkan jumpa dah dengan orang-orang macam mereka. Rasa macam sedih je bile fikirkan dah tak lama dah duduk Palam ni. Lepas ni degree masing-masing dengan hala tuju masing-masing. HukHuk sedih :( Hurm, dah laa.. Tengah annoyed pon sempat lagi menulis. Lab reports tak siap-siap lagi.. Ahh... ANNOYED~

p/s: saya tak suka lelaki gedik yang 'amik' phone Syeka harini.!

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog