Friday, January 8, 2016

New year ni banyak yang jadi. Aku paling bengang dengan segelintir orang yang IQ tinggi, belajar pandai2 medic, dentistry tapi akal kurang. IQ dan akal lain okey.. orang yang berakal dia bijak berfikir. Orang yang berIQ ni kadang2 suka ikut rentak diri sendiri je. Kenapalah pindah sini kalau nak susahkan orang lain. Sebelum ni tak ada kes pun sampai abang delivery nak hantar sampai depan pintu rumah. Tak boleh fikir ke? Diorang tu orang asing. Even nama pun kau tak kenal nak ajak sampai naik kolej kediaman budak perempuan. Lain lah lelaki. Bijak betul!

Kalau kau tak malu, fikir kawan2 yang lain terpaksa pakai tudung berkejar sana sini nak capai something yang boleh tutup kepala. Lepas tu pandai pulak tu marah bila bapa dan abang or adik lelaki kitorang naik untuk tolong angkat barang masa pindah dulu. Apa ke pandai sangat sampai benda simple macam tu tak reti nak fikir baik buruk dia. Barang berat memanglah kena mintak tolong orang lelaki angkat. Cuba fikir. Bapa meaning lelaki yang rapat. Mungkin kau tak kenal, tapi kitorang kenal sebab tanpa seorang bergelar bapa, kita siapa kan? Ni lelaki, stranger. Kau tak kenal, aku pun tak kenal. Kau dah hidup lama ke dengan stranger tu? Hish, nak kena lepuk? Geram betul aku! Argh! Aku nak makan A&J laaa! Tolong la jangan buat perangai gila macam tu!


♥ Thanks for enjoying~ ♥

Monday, January 4, 2016

생일추가한다  마이사랗 ❤❤❤ 4.50pm.

Alhamdulillah.. menginjak sudah ke angka baru. Bersyukur yang teramat kepada ALLAH yang ESA atas kurniaan ini.

Terima kasih buat umi tersayang. Kerana penat lelah melahirkan bayi sebesar 3.6kg ke dunia ini. Walaupun penat bertarung nyawa, masih lagi mampu tersenyum melihat seraut wajah yang diharap suatu hari nanti bakal memberi kebahagian kepada dirinya dan juga suami. Yang menjaga dari kecil hingga si anak ini mencecah umur 21 tahun. Yang menerima segala kritikan, kemarahan si anak yang tidak berbudi ini dengan penuh senyuman walaupun hati sakit bagai dibelah belati. Yang sanggup membelanjakan segala wang yang ada untuk kebahagian anaknya walaupun dihujung bulan dia sentiasa mengeluh duit semakin berkurang. Yang sentiasa terasa apabila anaknya bermasam muka.

Terima kasih juga buat abah tersayang yang penat bekerja mencari rezeki demi sesuap nasi buat ahli 5 ahli keluarga yang menjadi tanggungannya sejak dirinya bergelar bapa. Yang walaupun marah, masih lagi mengambil berat akan si anak yang degil ini. Yang banyak memberi nasihat walaupun banyak tidak diendahkan oleh si anak. Yang sanggup mengeluarkan duitnya walaupun duit belanja bulanannya terpaksa dicatu demi mengembirakan hati seorang anak. Yang bertungkus lumus membesarkan anak2 supaya menjadi insan yang lebih baik darinya.

Terima kasih umi dan abah atas segala-galanya. Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaan ini. Dan terima kasih buat adik beradik yang walaupun nampak tidak rapat dan sentiasa berada dalam peperangan tapi sebenarnya jauh disudut hati tiada siapa boleh menggantikan mereka. Dan buat rakan-rakan yang mengingati tarikh keramat ini. Terima kasih buat ingatan tulus ikhlas dan ucapan selamat yang diberikan semoga kita sama-sama berjaya mendapat kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Buat ahli keluarga lain terima kasih atas ucapan dan ingatan. Semoga kita dapat sama-sama kecapi kebahagiaan.


♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog