Thursday, August 14, 2014

Alhamdulillah.. Berakhir penantian. ALLAH makbulkan doa semua orang. Terima kasih Ya ALLAH. Cita-cita hanya tinggal beberapa step nak capai. I believe, ALLAH will not give something that will burden us. Semua yang terjadi telah ditakdirkan oleh ALLAH sejak azali.  Ada hikmah aku kembali ke kampus itu. Dan terima kasih kepada semua yang telah berdoa dan telah mendoakan kejayaan saya.

Buat rakan-rakan yang ada apa yang korang impikan, teruskan perjuangan to the end. Tapi jangan lupakan bekalan akhirat. Dan bagi mereka tidak dapat apa yang mereka impikan, just remember this,

ALLAH KNOW THE BEST.

DIA tak akan bagi sesuatu yang bagi mudarat kepada kita, hambaNYA. Teruskan berusaha. Walau apa jua cabaran yang datang, jangan lupa siapa kita dan tujuan kita hidup. Untuk memperoleh keredhaan dan rahmat ALLAH.

I'm glad I have them. Siapa mereka? Kawan-kawan lah. Gembira melihat mereka sama-sama menyokong impian masing masing. Dan saling memberi kata-kata rangsangan dan galakan buat kawan kawan yang bersedih.

Cakap pasal kawan-kawan. Aku bersyukur sebab kawan kawan yang dah dekat 10 tahun aku kenal masih lagi berhubung. Baru-baru ni, Isnin lepas, pergi hang out dengan diorang. Jalan jalan TS. Memang tak tipu penat gila. Sakit kaki tak hilang lagi. Macam ni la bila orang yang tak suka shopping bertemu dengan orang gila shopping. Aku rasa aku seorang yang tak suka shopping. Haha, semua perasan muka aku berubah lepas 4 jam kat TS. Pusing pusing carik seluar jeans abang sorang ni. Last last tak beli apa apa. Memang rasa nak hempuk je kepala dia ni. Bila tengok keadaan not RM100 aku yang macam hidup segan mati tak mahu, lagi rasa macam nak baling kasut je. Elok elok duit baru, terus renyuk renyuk. (Sebab masuk mesin basuh)

Kenapa aku salahkan abang sorang ni? Apa salah dia? Ha, ini cerita dia. Dia minta duit aku sebab nak beli seluar. Aku dengan berat dan baik hati bagilah pinjam not RM100 ni. Sekali dia tak jadi beli. Jadi duit itu ade lah aku letak kat poket belakang seluar. Disebabkan lupa nak keluarkan, aku termasukkan dala mesin basuh. Tamatlah kisah lawan not RM100 aku. Hehehe, salah aku gak. Gatai na masukkan dalam poket seluar belakang kenapa.

EVERLASTING FRIENDSHIP ❤❤❤
Kami ada 8 orang, tapi sorang hilang.

p/s: nasib baik abah tak marah sebab balik malam hari tu. semua dah risau cik mus kata apa nanti bila anak dia yang seorang ni balik lambat. Haa, soooo sweet la my dear friendssss. Love yea!

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog