
Alhamdulillah.. finally kan semua? Result sudah diketahui.. berakhir sudah penantian dan penyeksaan selama tiga bulan lepas. seronok? semestinyaa~~~ sangat besyukur dan gembira dengan result yang aku nantikan selama ni. insyaAllah ini setimpal dengan ape yang usahakan selama dua tahun di sekolah tersayang muah.. muah.. SM Sains Muar ^.^
apa yang aku harap selama ni menjadi kenyataan.. Batch Penebus Maruah akhirnya berjaya melaksanakan amanah yang semua warga sekolah berikan.. Haha, ingat lagi dulu masa masuk sekolah mase form 4. sedih yang teramat sebab kene berjauhan dengan family. takde kawan la konon.. padahal diri sendiri yang tak reti nak menghulur salam perkenalan.. ewah, ayat nak sentap jee. bunga-bunga tapi tak romantik pun.. haha, bak kata orang nampak je cool tapi dalam hati ada taman okey.. cett, mengarut sahaja.. teehee.. sorry la ek kalau saya nampak cam mengada.. tak boleh kawal dah.
kelegaan yang datang ni tak boleh dihalau dah bermula pada detik 10.30am, 21 Mac 2013.. SAMURA mencatat peningkatan.. yang dapat A+ 3 orang macam tahun lepas tp yang straight A ramai sikit. gembiraa bile tengok cikgu cikgu turut tersenyum. berbaloikan cikgu kerah kitorang selama ni. dengar junior cakap, pengetua senyum.. ye ke? entah.. harap-harap lah.. anyway saya sayang sekolah saya .. NO DOUBT !
..................................................
hah, ini kisah mase nak ambik keputusan kat cikgu. masuk je dewan, dari jauh dah nampak 'JAYA'. pehh, berdebar2 rase macam nak lari.. tapi mak aku nampak beria. so aku pun menfollow. tengah type kat phone kononnye nak text Annessa. tapi nampak lak baju kurung yang macam kenal je. Cik Annessa rupenye dah duduk menunggu giliran. aku pun terus melangkah. fikiran berkecamuk nih. aduhai, ramai dah duduk menunggu. tengah nak duduk ni, tibe2 nampak Elida nangis. alahai, lemah jantung. Congrats to her ^^
pastu giliran Annessa.. die nangis gak. Khai pulak.. same je. aku dah dup, dap, dup, dap nih.. tak terbilang. melangkah ke meja cikgu dengan mulut terkumat-kamit bertawakal..
"Bismillahitawakkal.."
then duduk depan cikgu. umi yang tengah berdiri sebelah aku tibe2 je pergi. aku tak kesah sangat. aku tengah sibuk isi borang. tibe2 mata ni gatal lah nak menengok2 kertas yang ade atas meja tuh. nampak slip peperiksaan yang ade kat atas meja.
A Cemerlang TinggiA+ Cemerlang Tertinggi......
dalam hati dah terdetik. gile lah budak ni.. tengok nama..
"..... binti Mustafa Kamal" nampak nama ayah je.. tibe2
cikgu Fadlyshah : Ya ALLAH budak ni. Dah tengok dulu keputusan die..
(cikgu cepat2 flipkan slip tu. hehe, maaf tapi dah tertengok la cikgu. tak sengaja. tak suprise la kan?)
aku : *sedikit blur tapi aku tak buta lagi
cikgu lain : lah die punye ke atas sekali ni
aku : hehe cikgu, saya tak sengaja
tak pasal dah tergilakan diri sendiri.. cikgu gelak je. kantoi sudah.. nak tahu mana umi aku pergi? die pergi jumpa abah aku bagi tahu pasal result aku. tu yang aku tak nanges macam orang lain.. hey, setiap kali ambik result exam 'besar' mesti ade je peristiwa yang buat aku nak tergelak.. time UPSR and PMR ade kisah tersendiri.. rindunyeeee~~~


PS : semoga Batch 29 aka Batch Penebus Maruah kekal cemerlang walau dimana kami berada.. Insha Allah...
