Thursday, December 12, 2013

Saya jealous dengan orang yang tinggi. Diorang tinggi sangat sampai sakit kepala nak mendongak. Saya tahu saya pendek tapi saya gembira sebab bila jalan, saya stabil. Hal ini keranaa, center of gravity saya rendah hee.. Tapi teringin nak tengok dari ketinggian mereka-mereka yang macam galah nih. Gayat tak agak-agak? Tapi saya takut ketinggian.. Hee sape yang rasa dia tinggi tu jangan marah.. No hard feeling. Peace no war~~ Saya suka orang tinggi.

Okey, ini semua pengaruh dari ahli-ahli rumah saya. Kami sudah mula berbicara tentang munakahat menunjukkan bahawa kami sudah besar. Starting from Mak Cik Normala kat pasar malam tadi lah ni. Haha, dah lah kitorang baru first time jejak pasar malam. Punyelah excited tunggu bas. Ingatkan bas datang lambat lagi, so dalam pukul 6.00 tu semua give up and ingat nak makan kat Raff jer. Tetibe nampak bas T600. Berlari, berjalan, berjoging dan macam-macam lagi untuk sampai ke bas. Nasib baik pakcik tu tunggu. Hehe, seronok. Pastu turun. Rambang mata lah tengok makanan yang banyak tu.

Salivary gland ni pon dah penat dah asyik kene produce saliva jer. Pastu telan. Itu jer yang mampu. Tapi kan kalau perut dah meminta, memang tak sempat nak tunggu sampai rumah la jawabnya. 

Lepas habis beli tu, tengok jam. Pukul 7.25 pm. Hurm, nak solat tapi tak tahu ke mana. Then, Hani pergilah tanya mak cik yang jual Nasi Ayam (tempat yang aku beli tadi). Tanya-tanya, mak cik tu ajak tunjuk jalan. Ingatkan jalan kaki.. Rupa-rupanya naik kereta. Hehe, kereta pacuan 4 roda, Hilux. maka berenam lah. menumpang kereta tu. Nasib baik badan kami kecik-kecik. Tak susah la kalau berimpit. Lagipun surau tu dekat.

Maka bermulalah sesi berborak. Sok-sek-sok-sek, akhirnya kami solat Maghrib dekat surau tu. Tengok adik-adik mengaji kat surau rasa seronok. Comel jer. Mengaji kuat-kuat. Ade yang baca surah Al-Mulk. Bagus, anak-anak kecil dah dididik macam tu. Ramai pulak tu. Lebih kurang 20 orang kalau tak silap. Teringat masa kat Jengka 6, mengaji rumah sape ek, yang sebelah rumah Tok De tu. And kat surau depan rumah masa kat Bandar Jengka tu. Teringat dulu-dulu.

Aku ni suka menggigit barang-barang. Pensel, lidi mengaji and ape lagi ek? Tak ingat laa.. Ade satu hari tu aku gigit pensel, sampai hancur belakang die. Nampak lead pensel tu. Nampak tak betapa ganas dan selekehnya aku dulu.. Haha, zaman kanak-kanak. Sekarang dah tak de dah habit pelik tu. Haa, berbalik kepada cerita tadi.. Aku gigit pensel. Pastu ade ustazah nampak. Ustazah ni baik dengan umi aku. And ustazah sekolah rendah aku masa darjah 1 dan 2. Ah, sudah. Kena stare. Hehe, aku ingatkan kena la marah. Rupa-rupanya, ustazah cakap kat kakak aku,

"Along, tengok Sarah tu. Gigit pensel sampai hancur. Nanti bagi tahu umi yang dia lapar." Haa, kan dah kena sekali. Amik kau. Free jer kena gelak dengan along and jiran aku, Nabila.

Aduh, melencong lagi. Ah, lepas tu mak cik ni perkenalkan nama. Nama dia Normala. Aku dan Hani yang melayan dia masa nak keluar dari surau tu. Borak punya borak. Dia cerita yang dia dah ada 1 cucu, 3 menantu. Anak sulung 28 tahun. Pastu dia suruh call dia nak kenal-kenal. Sebab sebelum tu dia dah bagi business card dia. Yang paling tak tahan, 

Makcik: Tapi anak lelaki makcik dah tak boleh. *aku ngan Hani terkesima (perh, ayat nak puitis je). and cepat pulak faham maksud makcik tu. 
Hani: Kitorang muda lagi. *time ni aku dah nak gelak kuat-kuat.
Aku dan Hani: 18 tahun.
Makcik: 19 kan? Dah boleh dah..
Aku: Eh, tak boleh makcik. Muda lagi ni. 
Hani: Belajar pun tak habis lagi

Aku tak tahu macam mana boleh melencong jauh. Dari sinilah bermulanya perbicaraan pasal munakahat dan bersambung sampai balik rumah. Sakit perut gelak tadi. Dahlah perut baru diisi dengan makanan. Senak perut. Silap-silap hari bulan bolah muntah kat situ jugak.. Hehe, nampak tak masing-masing dah gatal..

Haha, tak lah. Ini namanya 'family planning'. Bak kata Qilah. :D

p/s: kepenatan yang terlampau lantaran buat unexpected planning lagi sekali.

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog