
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”
[QS Al-An’am, 6:112]

aku tak nak tersesat dekat dunia ni. aku takut nanti aku tak menjadi salah seorang calon syurga. dah banyak dosa aku buat sampai aku rasa macam lemas di tengah lautan. kawan-kawan yang baik perlu dicari then yg jahat perlu ditinggalkan sejauh jauhnya. aku nak hidup yang bahagia di dunia dan akhirat..
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]
Aku taknak menjadi seorang yang fasik. Bantulah hambaMU ini YA ALLAH...
