Thursday, August 14, 2014

Alhamdulillah.. Berakhir penantian. ALLAH makbulkan doa semua orang. Terima kasih Ya ALLAH. Cita-cita hanya tinggal beberapa step nak capai. I believe, ALLAH will not give something that will burden us. Semua yang terjadi telah ditakdirkan oleh ALLAH sejak azali.  Ada hikmah aku kembali ke kampus itu. Dan terima kasih kepada semua yang telah berdoa dan telah mendoakan kejayaan saya.

Buat rakan-rakan yang ada apa yang korang impikan, teruskan perjuangan to the end. Tapi jangan lupakan bekalan akhirat. Dan bagi mereka tidak dapat apa yang mereka impikan, just remember this,

ALLAH KNOW THE BEST.

DIA tak akan bagi sesuatu yang bagi mudarat kepada kita, hambaNYA. Teruskan berusaha. Walau apa jua cabaran yang datang, jangan lupa siapa kita dan tujuan kita hidup. Untuk memperoleh keredhaan dan rahmat ALLAH.

I'm glad I have them. Siapa mereka? Kawan-kawan lah. Gembira melihat mereka sama-sama menyokong impian masing masing. Dan saling memberi kata-kata rangsangan dan galakan buat kawan kawan yang bersedih.

Cakap pasal kawan-kawan. Aku bersyukur sebab kawan kawan yang dah dekat 10 tahun aku kenal masih lagi berhubung. Baru-baru ni, Isnin lepas, pergi hang out dengan diorang. Jalan jalan TS. Memang tak tipu penat gila. Sakit kaki tak hilang lagi. Macam ni la bila orang yang tak suka shopping bertemu dengan orang gila shopping. Aku rasa aku seorang yang tak suka shopping. Haha, semua perasan muka aku berubah lepas 4 jam kat TS. Pusing pusing carik seluar jeans abang sorang ni. Last last tak beli apa apa. Memang rasa nak hempuk je kepala dia ni. Bila tengok keadaan not RM100 aku yang macam hidup segan mati tak mahu, lagi rasa macam nak baling kasut je. Elok elok duit baru, terus renyuk renyuk. (Sebab masuk mesin basuh)

Kenapa aku salahkan abang sorang ni? Apa salah dia? Ha, ini cerita dia. Dia minta duit aku sebab nak beli seluar. Aku dengan berat dan baik hati bagilah pinjam not RM100 ni. Sekali dia tak jadi beli. Jadi duit itu ade lah aku letak kat poket belakang seluar. Disebabkan lupa nak keluarkan, aku termasukkan dala mesin basuh. Tamatlah kisah lawan not RM100 aku. Hehehe, salah aku gak. Gatai na masukkan dalam poket seluar belakang kenapa.

EVERLASTING FRIENDSHIP ❤❤❤
Kami ada 8 orang, tapi sorang hilang.

p/s: nasib baik abah tak marah sebab balik malam hari tu. semua dah risau cik mus kata apa nanti bila anak dia yang seorang ni balik lambat. Haa, soooo sweet la my dear friendssss. Love yea!

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Saturday, August 9, 2014

Finally, I knew who Mr Zack-one maksudkan. Woi, itu bukan tunang.. Itu dah naik pelamin sayang oii.. Ke ada seorang lagi yang aku tak tahu ni? Hairi? Hehehe, kalau betul baguslah.. Well, my dear friend, Iskandar.. Even though kau muda lagi, always be happy with your life :D
Congratulation..
Congratulationn...
Congratulationnn.... for getting married~
Semoga berbahagia dengan rahmat dan rezeki yang ALLAH kurniakan..
Semoga sentiasa berkasih sayang kerana ALLAH

Okey, tak jealous tengok orang kahwin.. Hahaha, calon takdok laa. Malas nak carik. Sebab, kalau carik nanti tah apa-apa yang aku pilih. Tapi kalau boleh nak orang yang muka Zul Ariffin, tapi sikap, tingkah laku macam Zill Faezrul Iqbal.. Boleh tak eah.? Ada ke orang macam tu.? Hoho, mustahil? Hurm, biar ALLAH yang pertemukan aku dengan jodoh aku, HE know the best, antara cepat dan lambat, hanya ALLAH yang tahu. Aiseh, haha.. mulalah kan bila cakap pasal kahwin. Semua orang suka. Kahwin muda lagilah orang suka. Nanti anak dah besar, kita muda lagi. Pastu bila jalan, orang tanya "adik ke?" ahh, tak pon, "boyfriend muda eh?" Hohoho... Seronok apa. Dapat tengok cucu, cicit kalau dipanjangkan umur, insyaALLAH.

Wink ;)

Tadi bawak kegheta pergi GMi.. 

YooHoo!
Jauh aku bawak. Walaupun kereta asik nak mati saja. Baby step kan.. Nanti kalau dapat Universiti yang jauh dari rumah, kena naik kereta jugak, InsyaALLAH (UiTM-double hope -.-).. Ini semua adik aku punya pasai. Dia nak sangat pi ghumah kawan dia. Cek kasi sebijik. Nak ceghita sikit lah en. Cek dulu, masa baya-baya dia, tak da cek nak pi jalan-jalan gi ghumah kawan. Cek duduk ghumah jea. Walaupun kawan semua dalam selangor jea. Sekarang ni, kawan-kawan semua jauh jauh. Sampai ke Sabah, Sarawak nun haaa.. Ramai kot. Kawan Serata Malaysia. Lagilah nak pergi melawat tak boleh. Tak apa.. Tunggu diorang punya kad undangan kahwin nanti, satu Malaysia aku lawat. Hohoho~~

p/s: Sapa-sapa rasa nak menamatkan zaman bujang tu, invite invite lah yeaa

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog