Monday, January 13, 2014

First time aku jumpa die hard fan gila-gila dekat Syamsul Yusof. Hurm, tak reti nak comment. Tapi ini budak, kawan saya, sampai nangis sebab baca gosip kat Beautiful Nara punye page. Aku hanya mampu gelak guling-guling jer la tengok si sahabat yang sorang ni. Habis malam ni, semua lagu sedih-sedih keluar ( nampak hiperbola kat situ). Semua gambar-gambar kat phone die padam, dengan lagunya sekali. Unlike semua page Syamsul Yusof. Tak pasal, twitter Dr. Anwar Fazal pon di unfollow. Lawak la kawan aku sorang ni. Tapi nak gelak tak sampai hati. (Lagu Patah Hati-Hafiz, buat Syamsul Yusof) Habis minat selama 6 tahun tu terburai sebab berita tu. Hehehehe

Rasenye macam aku pernah rasa dulu bile dapat tahu Cristiano Ronaldo dah ada anak. Masa World Cup 2010. Start from that day rase macam patah hati sampai benci gila dekat CR dengan pasukan Portugal sekali. Aku terus tukar suka Spain. Cett. Bila ingat balik macam nak tergelak guling-guling. Aku suka CR macam kawan aku ni suka Syamsul Yusof. Tapi kan, dalam dua tahun jer aku tak suka then tetiba jadi fan balik. haha, aku tak tau apa yang aku fikir mase kecik. Macam kelakar jer. Tapi itu kenyataan. 

Okey, stop about it. Sekarang ni aku dah officially 19 years Old. Haha, mase 4 January haritu. And, I would like to thank my ummi for giving birth of me dan jaga diri ini sampai dah besar, walaupun tak berapa nak panjang. Tak kesah! Asalkan aku bahagia. Anyway, Sepatutnya la kan, Birthday kita ni sebenarnya bukan untuk celebrate kita sebab dah lahir tetapi, celebrate ummi, mak, ibu, mummy, mama kita yang telah melahirkan kita ni. So, kalau mak yang wish anak memang macam dah terbalik lah. Sepatutnya anak yang wish mak sebab mak yang bertarung nyawa nak melahirkan kita.. Lagi-lagi yang berat yang mencecah 4 kg waktu lahir, macam dua orang adik aku ni....

Anyway ummi, 
"I love You so much and thank you sebab lahirkan angah. Walaupun angah kadang-kadang ketegaq, degilnya, ya ampun... Kalah anak lelaki.! Tapi itulah anak ummi yang paling manja :D.. I LOVE YOU UMMI and ABAH!!"

And, for the first time lepas dah dekat 10 tahun, my ummi belikan kek and celebrate my birthday kat sekolah adik. Wah, terharu. Rasa macam tak biasa pulak. Sebab dah lama tak celebrate. Tak ada satu pun birthday party for me since I'm little kid. Kalau ada mungkin dah tak ingat. Time celebrate besar-besaran masa umur 2 tahun. Celebrate dengan Kak Ani, Kak Ika and Abang Shahir. Yang tu aku tahu pon sebab tengok gambar..

Lepas tu, yang sangat mengharukan bila housemates buat birthday party. Sekali dengan roommate saya. Kami dua-dua bulan January. Terharu sangat-sangat. I Love You Olls.. Kek tempah dekat akak foot patch. So sweet. Rasa macam takkan jumpa dah dengan orang-orang macam mereka. Rasa macam sedih je bile fikirkan dah tak lama dah duduk Palam ni. Lepas ni degree masing-masing dengan hala tuju masing-masing. HukHuk sedih :( Hurm, dah laa.. Tengah annoyed pon sempat lagi menulis. Lab reports tak siap-siap lagi.. Ahh... ANNOYED~

p/s: saya tak suka lelaki gedik yang 'amik' phone Syeka harini.!

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Wednesday, December 18, 2013

Bila malam berganti siang, siang berganti malam.. Sedar tak sedar dah 4 minggu aku kat sini. Kat mana? Sini lah..(lokasi dirahsiakan) Eceh, bajet macam  rahsia sulit negara. Ayat pon nak gramatis habis. Macam karangan PMR. Huhu, esok PMR punye result keluar. And, my adik, Pak Cik Pidot akan menerima result dia esok. Well, of course I'm expecting him doing better than his trial. Tapi kan, pak cik sorang tu, dia study ker? Asal balik rumah or cuti jer mesti kejar laptop buruk dia tu. Main counter strike la, dragon city la, ape lagi.. Haa, yang nama apa tah tu. Pelik jer bunyi. Terbelit lidah. Dan yang pasti adik aku ni bukan hantu Dota macam sesetengah orang tu ehemm..

Stop alkisah budak PMR tu, sekarang ni aku tak sabar2 nak balik rumah ni. Dah homesick sangat dah. Nak muntah jer setiap kali fikir 'aku tak balik rumah lagi!'.. Dengan lab report menimbun (nampak sangat auta), kuiz lagi, assignment lagi, rasa macam dah officially budak universiti padahal saya masih lagi budak asasi. Belum official sangat laa....

Tadi pergi la angsana. Nak print article untuk ELC esok.. Nampak 'abang' degree kot, main bola tampar sorang-sorang (dah lama dah usha.. nampak tak aku stalk budak tu- nasib baik tak jadi official stalker). Dia main dekat A4 laa.. Aku assume dia degree sebab mana ada budak asasi dekat blok tu. Ke aku jer yang tak tahu kewujudan mereka.. Hurm, biar lah.. Aiseh, tetiba teringat yang aku ade jumpa quote kat buka mana tah, karya Hlovate, "Never assume, ask". Aku rasa macam tak kena jer kalau aku tanya budak tu macam ,"Eh..eh.. Awak degree student ke?", tak pon yang tak formal, "Degree ehh?" Walau apa pun, teringin sangat nak main botam or long form die 'bola tampar' dengan dia sebab dia macam sorang-sorang jer, lonely person. Tak tahu lah kenapa. Dua sukan yang paling aku suka, bola tampar dengan basketball. Ohsem okey bila tengok diorang main.. 

Hehe, and I'm part of it (bola tampar team)  masa kat Muar dulu. Cakap pasal bola tampar, teringat la dekat kawan sorang ni, geng bola tampar dulu.. Dia dah nak keluar dari tempat ni. Sedih :( . Dia dapat offer SPA sambung fisiologi. Dia nak pindah! Sedihnye. Esok dia pindah, tengah hari. Saya ada kelas. Hari ni last jumpa dia. Itu pon sebab kebetulan.. kalau tak, entah-entah dia pindah pun saya tidak tahu......

Maka, saya meneruskan perjalanan untuk memperbetulkan niat.. Pergi print and photostat dekat angsana. Balik tu, balik sorang-sorang. Pergi tadi berdua. Sebab roommate saya ade discussion.. Habis jer selesai semua benda, aku pon balik la semula.. Lalu lah balik tempat tadi, aiseh, dah berteman la budak yang main bola tampar tadi.. Saja la pandang sape la gerangan yang baik hati sangat meneman si lonely tadi.. Sekali dia pusing. Perh, budak DK aku rupanya.. Dak D6 yang selalu lepak dengan Madagascar. Akhirnya, budak lonely tu main jugak dengan manusia, bukan dengan dinding.. Yey, untuk itu orang ! (saya perasan yang budak D6 tu macam main bola sepak jer sebentar tadi sebab ada nampak bola sepak kat gim luar depan padang bola tu)

p/s: okey, aku nak kuiz esok tapi boleh lagi lagha dengan semua benda nih...

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog