
Bila malam berganti siang, siang berganti malam.. Sedar tak sedar dah 4 minggu aku kat sini. Kat mana? Sini lah..(lokasi dirahsiakan) Eceh, bajet macam rahsia sulit negara. Ayat pon nak gramatis habis. Macam karangan PMR. Huhu, esok PMR punye result keluar. And, my adik, Pak Cik Pidot akan menerima result dia esok. Well, of course I'm expecting him doing better than his trial. Tapi kan, pak cik sorang tu, dia study ker? Asal balik rumah or cuti jer mesti kejar laptop buruk dia tu. Main counter strike la, dragon city la, ape lagi.. Haa, yang nama apa tah tu. Pelik jer bunyi. Terbelit lidah. Dan yang pasti adik aku ni bukan hantu Dota macam sesetengah orang tu ehemm..
Stop alkisah budak PMR tu, sekarang ni aku tak sabar2 nak balik rumah ni. Dah homesick sangat dah. Nak muntah jer setiap kali fikir 'aku tak balik rumah lagi!'.. Dengan lab report menimbun (nampak sangat auta), kuiz lagi, assignment lagi, rasa macam dah officially budak universiti padahal saya masih lagi budak asasi. Belum official sangat laa....
Tadi pergi la angsana. Nak print article untuk ELC esok.. Nampak 'abang' degree kot, main bola tampar sorang-sorang (dah lama dah usha.. nampak tak aku stalk budak tu- nasib baik tak jadi official stalker). Dia main dekat A4 laa.. Aku assume dia degree sebab mana ada budak asasi dekat blok tu. Ke aku jer yang tak tahu kewujudan mereka.. Hurm, biar lah.. Aiseh, tetiba teringat yang aku ade jumpa quote kat buka mana tah, karya Hlovate, "Never assume, ask". Aku rasa macam tak kena jer kalau aku tanya budak tu macam ,"Eh..eh.. Awak degree student ke?", tak pon yang tak formal, "Degree ehh?" Walau apa pun, teringin sangat nak main botam or long form die 'bola tampar' dengan dia sebab dia macam sorang-sorang jer, lonely person. Tak tahu lah kenapa. Dua sukan yang paling aku suka, bola tampar dengan basketball. Ohsem okey bila tengok diorang main..
Hehe, and I'm part of it (bola tampar team) masa kat Muar dulu. Cakap pasal bola tampar, teringat la dekat kawan sorang ni, geng bola tampar dulu.. Dia dah nak keluar dari tempat ni. Sedih :( . Dia dapat offer SPA sambung fisiologi. Dia nak pindah! Sedihnye. Esok dia pindah, tengah hari. Saya ada kelas. Hari ni last jumpa dia. Itu pon sebab kebetulan.. kalau tak, entah-entah dia pindah pun saya tidak tahu......
Maka, saya meneruskan perjalanan untuk memperbetulkan niat.. Pergi print and photostat dekat angsana. Balik tu, balik sorang-sorang. Pergi tadi berdua. Sebab roommate saya ade discussion.. Habis jer selesai semua benda, aku pon balik la semula.. Lalu lah balik tempat tadi, aiseh, dah berteman la budak yang main bola tampar tadi.. Saja la pandang sape la gerangan yang baik hati sangat meneman si lonely tadi.. Sekali dia pusing. Perh, budak DK aku rupanya.. Dak D6 yang selalu lepak dengan Madagascar. Akhirnya, budak lonely tu main jugak dengan manusia, bukan dengan dinding.. Yey, untuk itu orang ! (saya perasan yang budak D6 tu macam main bola sepak jer sebentar tadi sebab ada nampak bola sepak kat gim luar depan padang bola tu)
p/s: okey, aku nak kuiz esok tapi boleh lagi lagha dengan semua benda nih...
