Wednesday, December 11, 2013

I'm about to go crazy lah dengan kelembapan internet untuk mendownload lagu nih. Dah lah nak tengok video kat youtube tu punya lah lama, berjanggut tunggu. Hurm2.. akibat menggunakan wifi kat sini. Tulah Maisara, lain kali beli lah broadband. Bila abah offer nak beli, cakap membazir sebab jarang guna. Haha, memang pon. Phone Nokia kesayangan ni bukan ada application macam Twitter ke, Facebook ke, Instagram ke, kosong jer. Bosannye hidup.. haha, tak apaa.. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Cakap pasal application ni, tadi ade la sorang pakcik ni, Inche Buayapren German, mimpi apa tah whassap aku. Setelah berbulan lost contact, baru nak menegur. Hahaha, aku syak dia ni sengaja jer nak tunjuk yang dia baru ada Whatsapp. Huk aloh, kok bisa-bisanya dia bikin gempak sama gua. Sekeh baru tahu. Dah la kacau time orang nak pergi lecture Biologi. Kan aku dah tersengih sorang-sorang. Rasa macam orang gila pulak.
     
Ayat yang tak boleh blah yang dia sent, "Mahasiswi ditindas". Banyak la dia punya kena tindas.. Dia yang tertindas adalah. Tapi, tak tertindas sangat kot. Aku tengok GMi tu besar kedabak semacam jer. Hemm, mesti orang tak faham apa aku cakap. Ah, takpe. Itu privasi. Tak mau cerita. Nanti itu pakcik malu sendiri.. Hahaha..

Cut about him, now about meh. Dari pagi tadi, otak aku tah masuk frequency mana tah. Asik terlupa, tertinggal (dan sewaktu dengannyalah) barang-barang yang aku bawak. Mula-mula buku Physics. Nasib baik lah, memori aku sampai makan kat Cafe tu ade lagi. Yang lepas tu jer hilang sekejap, macam didelete. Nasib baik lah buku tu cuma atas bench kat luar lecture hall jer. Kalau tak menangislah jawabnya. Nanti buku masuk lagi Group FB Asasi sebagai barang Lost and Found baru tahu. Hehe, malu kot. Nasib baik girl yang jumpa. Boleh jugak ajak jumpa. Kalau lelaki, haha, kirim salam la eh buku. Next sem baru aku amik kau, buku...

Then, pencil box pulak. Haha, padan muka buat diri sendiri. Weng lagi hari ni. Kan dah hilang. Tapi nasib baik lah jumpa. Kasihan Ina kena teman sampai pukul 10.30 pm. Padahal kelas habis tadi pukul 9.45 pm. Buat free jer kene tunggu 45 minit. Balik berdua pulak tu. Dua-dua girls. Masa nak pergi kat lif tu, ade nampak dua mamat ni. Perh, seram lah. Even diaorang baik, tapi langkah berjaga-jaga kan. Berkejar ke lif. Masuk jer lif terus tutup pintu. Biar diorang naik lif yang lagi 1. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai tanpa ada apa-apa berlaku. Lepas ni taubat tak mahu buat lagi~

P/s: masih lagi rasa bersalah n thankful sebab Ina teman sampai pukul 10.30 malam tadi. Hehe (^^.)

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Tuesday, December 10, 2013

Ahhh, letihnya.. Malam ni aku tidur lambat lagi.. Yey for Maisara~. Pukul 1.10 am dah. Bukan belajar, tapi lebih kepada men'download' lagu guna wifi yang slow macam kura-kura jalan ni. Tak-tak, silap. Aku rasa kura-kura lagi laju. Esok kelas macam apa jer. Sampai malam kot. Life tak dok. Huhu.... Bunyik macam sedih. Tapi inilah hakikat. Hurm, hurm.. cuba belajar untuk terima kenyataan ini. Good luck Maisara!

Hari ni hyper sangat. Aku tak tahu pasai apa. Paling ketara time lecture Chem tadi. Kalau orang tengok aku ni, mesti ingat something wrong kat otak aku. Hee, tak kot. Aku jer rasa macam tu. Perasan jer lebih Maisara ni. So what, perasan lagi bagus apa. Kita tak sakit hati. Hehe, cuma orang lainlah yang sakit hati. Tapiiii.... Tak sakit sangat kot. Annoyed sikit jaa. Betui tak? Hee, biaq pi kat hang pa lah. 

Tadi kelas pun habis lambat. Takpe2 demi mendapatkan rehat secukupnya Sabtu ni, aku sanggup. Sampai malam pon sanggup, (haa, nampak auta sangat kat situ~) jangan ingat aku ekhlas sangat cakap macam ni okey~.

Aku rasa yang jadi booster aku harini ialah mesej dari abah kot. Heehee, orang mesti ingat kata-kata semangat apa yang abah bagi en.. Sangat memberi peransang. Yang cukup mendalam. Haa, nak tahu apa yang abah tulis...?

Hee, kejap.. Perasaan gembira masih ade lagi... Huuhh, okey aku dah sedia!

Abah tulis, 'Internet kat rumah dah ok. Abah upgrade speed 1MB'

Happy kot~ Lepas ni boleh download 'Dad, where are you going?' banyak-banyak~~ Gumbira rasa hati ini. Kalau dulu boleh la main cilok je line internet Azim (sepupu yang aku pernah cerita). Haha, sapa suruh rumah sebelah rumah aku jer. Tapii, dia seakan-akan dapat menghidu kegiatan aku selama ni. Sekali dia tukar password. Cis, tergendala pulak kerja mendownload Running Man. 

Tapi, yang pasti bila dah upgrade tu, nak membayar bulanan tu bukan sedikit. Boleh dikatakan hampir sama dengan bil eletrik rumah aku lah. Kasihan abah.. Hurm, menyesal pon ada. Aku bukannya nak keluarkan duit. Hee, kalau duit aku kene keluar, it's a big no, no okey~ Nasib baik along volunteer nak tolong bayar. Hehe, diakan dah kerja. Apa salahnya bantu sikit-sikit.

Kalau aku dah kerja nanti, lain la ceritanya. Sekarang ni, ijazah pon tak ada lagi. Tapi kan, kalau taknak membesar boleh tak. Nak stay kat umur ni jer. Hurm, mesti orang yang tak faham apa aku cakap aku ni mungkin dah gila. Aper aku cakap ni.. Terbelit-belit. Haha, almaklum.. Bahasa-bahasa ni dah lama dah tinggal, huhu. Haa.. aku nak cakap, sape-sape yang tak paham apa yang aku tulis ni, mesti ingat aku ni gilak. Tapi bukan gila sampai kena hantar dekat Tanjung Rambutan tau. Cuma kalau dalam drama tu yang diorang jerit,

"KAU NI DAH HILANG AKAL KE APA!!" 

Sebenarnya, nak highlight yang phrase hilang akal jer. Tapi, nak bagi dramatik, kene guna ayat penuh lah. Macam kat drama-drama. He,eh aku ni, dah tahu jawapan lagi nak berangan. Yelah-yelah, aku tau.. Tak boleh kan? Hoit, Maisara, wake up! 

Huarghh, aku tak nak wake up sekarang ni.. Aku nak tidur.. Dah yang ke 100 kali dah aku menguap.. Alaa, tapi nak tulis lagi. Tak cerita sampai habis lagi.. Haa, lagi satu.. Cik Fazlina tanya, ada cerita pasal dia tak dalam blog ni? Hehe, adaa.. Cuba cek post sebelum ni... Ada tak?

p/s: tak ada? ada lah.. kat atas tu nama sapa? :P

♥ Thanks for enjoying~ ♥

Maisara Mustafa's blog